KUALA LUMPUR – Susulan kejadian 19 individu maut selepas minum arak di sekitar Selangor dan ibu negara semalam, polis hari ini mengadakan serbuan di sebuah premis menjual minuman keras di Taman Sri Kuching di sini hari ini.
Serbuan selama 15 minit bermula pukul 11.15 pagi oleh empat anggota dari Balai Polis Jinjang diketuai oleh Ketua Balainya, Inspektor Muhd. Hafiz Abdul Rahman itu turut menahan seorang individu dipercayai pekerja premis tersebut.
Dalam serbuan berkenaan, turut dirampas sejumlah minuman keras Mandalay Whisky serta Grand Royal Whisky. – UTUSAN ONLINE