Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Timbalan Pengarah Kanan DBKL,...

PUTRAJAYA - Seorang Timbalan Pengarah Kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Riza Aziz Gagal Pindah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penerbit filem...

BN Pernah Beri Amaran...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) pernah memberi...

Bayi Perempuan Dibuang Dalam...

BACHOK - Seorang lelaki menemukan mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih...

Polis Tahan Lelaki, Rampas Dadah Dan Senjata Api

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah selepas pemeriksaan di sebuah bangsal di Kubang Binjai, Pasir Mas menemukan dadah, selaras senapang patah dan sepucuk pistol palsu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira 2 petang Khamis lepas, suspek yang berusia 52 tahun itu sedang berehat di bangsal tersebut.

“Pemeriksaan di bangsal tersebut menemui sejumlah dadah jenis ganja seberat 1,588.2 gram dengan anggaran nilai RM4,500, selaras senapang patah jenis Remington serta sepucuk pistol palsu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata setakat ini belum dikenal pasti kenapa lelaki itu berada di bangsal berkenaan yang keadaannya terlalu daif di dalam kebun getah yang dipenuhi semak samun.

“Ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga negatif. Siasatan lanjut akan diteruskan termasuk bagi mengesan mana-mana individu termasuk anak suspek,” katanya.

Beliau berkata suspek kini direman enam hari sejak ditahan pada 13 Sept lepas untuk siasatan lanjut.


Hasanuddin berkata polis tidak menolak kemungkinan bangsal itu dijadikan sebagai lokasi untuk golongan penagih melepaskan gian kerana kedudukannya yang tersorok.

Beliau berkata senapang patah berkenaan akan dihantar untuk ujian balistik bagi mengetahui sama ada ia boleh digunakan ataupun tidak. – BERNAMA

Kategori