Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kelajuan Internet Di Malaysia...

MELAKA - Kelajuan Internet di negara ini baik dan memuaskan bagi memenuhi keperluan...

Mujahid Ada Kaedah Kurang...

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Dr....

2 Bot Nelayan Tempatan...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan tempatan bersama...

Perkataan ‘Salam’, Antara Muka...

CHRISTCHURCH - Media tempatan di New Zealand (NZ) seolah-olah 'berkabung' apabila genap seminggu...

Polis Tahan Lelaki, Rampas Dadah & Pistol

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan merampas sepucuk pistol serta dadah dianggarkan bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gual Tok Deh, Pasir Mas semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata serbuan pukul 5 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas yang menemui sejumlah dadah dipercayai heroin dan pil kuda bernilai lebih RM25,000 selain sepucuk Revolver dalam rumah itu.

Beliau memberitahu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini bahawa suspek juga memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta positif pil kuda (Methamphetamine).

Katanya siasatan awal mendapati kegiatan pengedaran dadah di situ bermula sejak Februari tahun ini dipercayai untuk pasaran di sekitar pekan Rantau Panjang, Pasir Mas.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut, katanya.


Sementara itu, Hasanuddin berkata 19 senjata api berjaya dirampas dalam tempoh Januari lepas sehingga kini berbanding 18 senjata api sepanjang tahun lepas.

Katanya dalam tempoh sama tahun ini, seramai 25 individu ditahan termasuk empat wanita manakala dua lagi ditembak mati. – BERNAMA

Kategori