Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jep, Sari Yanti Sah...

TEKA-TEKI khabar angin menyatakan pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal mendirikan...

Pertumbuhan Ekonomi Tahun 2020...

NEW YORK - Pertumbuhan ekonomi global akan lebih baik sedikit berbanding prestasi lemah...

AKSEM Kedah Rampas Mercun...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah menahan seorang pemandu...

Oh Tidak… Kasut Selfie...

Semakin hari, pelbagai teknologi dan evolusi baru yang dicipta bagi memudahkan aktiviti kehidupan...

Polis Tumpas Sindiket Edar Rokok Berisi Ganja

KUALA LUMPUR – Taktik sindiket dadah yang mengedar rokok berisi ganja ditumpaskan apabila polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan di ibu negara pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pertama pada 11.45 malam, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di Jalan Cheras, di sini.

Katanya, susulan penahan suspek berkenaan, polis menahan dua lagi lelaki berusia 22 dan 27 tahun di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi, di sini.

“Hasil serbuan di pusat hiburan berkenaan polis telah menemui 580 batang rokok berisi ganja dan beberapa jenis dadah lain. Kami percaya taktik baharu menjual rokok berisi ganja ini adalah bagi mengaburi pihak berkuasa dan sebatang rokok berkenaan dijual dengan harga RM70 sebatang.

“Mereka dipercayai aktif mengedar dadah di pusat-pusat hiburan sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu… kami masih mencari dalang kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mazlan berkata selain rokok, polis turut merampas 228 peket serbuk dadah ekstasi, 16 peket cecair dadah methylenedioxy-methilamphetamine ( MDMA), 50 biji pil dadah ekstasi, 500 biji pil eramin 5 dan 63 botol berisi cecair dadah MDMA.

Polis turut merampas wang tunai RM60,200, US$11,000 (RM45,520), kereta jenis Volkswagen Polo dan Perodua Bezza, katanya.


Katanya, hasil rampasan keseluruhan dianggarkan lebih RM730,000 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 15 Sept bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata sehingga Ogos lepas pihaknya telah melakukan 137 pemeriksaan di pusat-pusat hiburan sekitar ibu negara.

Katanya, melalui pemeriksaan berkenaan sebanyak 5,840 individu telah diperiksa dan 1,532 individu telah ditahan melibatkan pelbagai jenis kesalahan berkaitan dadah. – BERNAMA

Kategori