Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kecoh.. JAKIM Tarik Balik...

PENGGUNA beragama Islam sememangnya begitu sensitif berhubung isu halal kerana tidak mahu ditipu perihal...

UMNO Jadi Pembangkang Mesra...

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah membayangkan UMNO...

SMK Convent Alor Setar...

KUALA LUMPUR – Berada  di tengah-tengah bandar raya  Alor Setar, SMK Convent Alor Setar secara...

Iqram Dinzly Dapat Hadiah...

SESI pertemuan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan aktor Iqram Dinzly...

Politik Wang: Dua Ahli PKR Direman

ALOR SETAR – Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 21 September bagi membantu siasatan pembabitan mereka dalam politik wang untuk pemilihan pemimpin cabang parti itu minggu depan.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 46 dan 48 tahun yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan parti itu dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, suspek dipercayai meminta wang suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan supaya namanya yang sudah didaftarkan untuk pemilihan parti kekal dalam sistem pemilihan yang melayakkannya untuk bertanding.

Suspek sebelum ini juga memaklumkan kepada lelaki terbabit bahawa namanya dan beberapa individu lain akan digugurkan daripada senarai nama calon namun boleh dikekalkan sekiranya membayar suapan berkenaan.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Mahkamah Alor Setar sekitar jam 9.45 pagi ini diiringi dua pegawai SPRM Kedah sebelum keluar dari kamar mahkamah pada jam 11 pagi.

Suspek berusia 48 tahun ditahan pada jam 12.20 tengah hari semalam di sebuah restoran di Alor Setar sementara suspek kedua berusia 46 tahun ditahan pada jam 3.25 petang di Plaza Tol Pendang Lebuhraya Utara-Selatan.


Berikutan penahanan itu juga, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua suspek.

Pemilihan PKR peringkat negeri dijangka berlangsung pada 22 September ini sebelum diikuti peringkat nasional pada esoknya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, ketika dihubungi, mengesahkan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – BH Online

Kategori