Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Kapten Wan Amran...

SHAH ALAM - Jenazah juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terlibat dalam...

Pelancong Kecewa Lihat Ikan...

SEMPORNA - Seorang pelancong asing merasa begitu sedih melihat betapa ikan yu senang-senang...

Kipas Gergasi Bakal ‘Hijau’...

SEBUT sahaja nama Sahara, tentu ramai terbayangkan imej gurun panas terbesar di dunia...

Aidilfitri: WoW Bantu Wanita...

KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 50 ibu tunggal dan wanita kurang bernasib baik...

Port Dickson Bukan Kerusi Yang Mudah Untuk Menang

BUKIT MERTAJAM – Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan yang dikosongkan untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) bukan kerusi yang mudah untuk dimenangi, kata Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin.

Sehubungan itu katanya PKR perlu menggerakkan segera jentera dalam usaha memastikan misi memenangkan Anwar untuk menjadi anggota parlimen dan seterusnya perdana menteri kelapan berjaya.

“Bila pengumuman dibuat dan presiden PKR itu sendiri memilih bertanding di Port Dickson, semua anggota parti perlu memberi sokongan penuh dan menjadi tanggungjawab kami (anggota parti) untuk patuh serta melaksanakan tugasan iaitu mengerakkan jentera di sana supaya Anwar menang.

“Ini bukan kerusi yang mudah dan kita tidak boleh pandang rendah PRK ini kerana pelbagai risiko ada terutamanya kemungkinan PKR akan berhadapan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama dengan PAS…,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Fiesta Seberang Perai, di sini hari ini.

Beliau berkata jentera AMK di setiap negeri terutamanya dari Palimen Permatang Pauh akan turun membantu jentera di Port Dickson dan bekerja kuat bagi memastikan kemenangan Anwar.

Sementara itu Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa serta Kesihatan Pulau Pinang menafikan beliau tidak bersetuju Anwar bertanding pada PRK itu sebaliknya kenyataan yang dibuat menerusi laman Twitternya itu telah disalah faham.

Katanya beliau antara orang yang mahu dan memang mengalu-alukan Anwar bertanding pada PRK agar Ketua Umum PKR itu kembali ke Parlimen dalam masa terdekat cuma berharap pilihan raya tersebut dapat di adakan selepas pemilihan parti.


“Saya berpendapat masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya kecil adalah setelah pemilihan parti supaya satu langkah demi satu langkah dengan penuh sabar dan tertib…ia lebih tersusun…tapi apabila pimpinan parti telah umumkan semalam, saya terima dan kami di AMK akan mengikut serta bekerja keras untuk PRK itu,” katanya.

Semalam Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai perdana menteri kelapan.

Parlimen Port Dickson yang memiliki 75,381 pengundi mengikut daftar pemilih semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan kerusi tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17, 710 undi. – BERNAMA

Kategori