Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

GST: Hormati Mandat Rakyat...

PUTRAJAYA - Sebarang keputusan mengenai pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu...

PM Nasihat Anggota Parlimen...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu semua...

Single Baharu Sufian Bukan...

KISAH mahligai impian tak kesampaian antara penyanyi Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy membuatkan...

Why Produce an Article

It truly is astonishing how students might be happy with this type of...

PPBM N.Sembilan Terpaksa Dibubar Akibat Krisis

HANCUR… Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Pakatan Harapan (PH) malu besar apabila parti yang dipimpin pengerusinya sendiri di Negeri Sembilan terpaksa dibubar!

Lebih malu, ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika ini ada di New York, Amerika Syarikat dengan angkuh kata UMNO akan berkubur, tetapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Negeri Sembilan pula ‘dikuburkan’.

Langkah terpaksa pembubaran secara serta merta melibatkan seluruh kepimpinan parti berlambang bunga raya itu di Negeri Sembilan ekoran pelbagai masalah dan konflik dalaman yang berlarutan malahan gagal dapat diselesaikan.

Selain itu, dua bahagian di Selangor iaitu Ampang dan Subang juga dikenakan tindakan sama, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang akhbar selepas hadiri mesyuarat pimpinan PPBM di Petaling Jaya hari ini.

Langkah berkenaan, ujar beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, terpaksa diambil atas nasihat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). Katanya pembubaran itu melibatkan semua peringkat termasuklah sayap Armada dan Srikandi.

Ketika ditanya apakah masalah yang dihadapi PPBM Negeri Sembilan, Muhyiddin cuma berkata: “Kita berhadapan dengan banyak masalah, ada yang buat laporan polis, buat sidang media… saya tak nak ulas panjang,” katanya.

Beliau mengambarkan masalah dalaman parti serpihan UMNO tersebut di Negeri Sembilan dan dua bahagian berkenaan terlalu rumit. Justeru tambah Muhyiddin lagi, cara terbaik ialah tutup yang lama dan buka yang baru.

Di Negeri Sembilan jelas beliau, segala urusan pembentukan kepimpinan baharu dan sebagainya akan dikendalikan oleh bekas menteri UMNO yang juga merupakan mantan menteri besar negeri berkenaan, Tan Sri Rais Yatim.

Kepincangan kepemimpinan PPBM Negeri Sembilan terdedah apabila Penyelaras PPBM Bahagian Port Dickson, Ramli Awang, mengeluarkan kenyataan terbuka melarang dua pemimpin PKR berkempen pada PRK Port Dickson.

Beliau beri amaran kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid kerana kesal mereka kerap hina Mahathir dan Tun Daim Zainuddin mahu guling Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kenyataan itu kemudian dibalas oleh Ketua Pendaftar PPBM negeri, Datuk Mohamad Zin Mustapa, yang tidak bersetuju dengan tindakan Ramli, malah mendakwa jawatannya sudah terlucut kerana memohon menjadi ahli PKR.

Ramli yang mendakwa kononnya masih lagi memegang jawatan itu, bagaimanapun mempertahankan tindakannya dan bersedia dikenakan sebarang tindakan oleh pihak atasan parti jika didapati ada melakukan kesalahan disiplin.

Pada sidang akhbar itu, Muhyiddin turut umum Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahaya sebagai Setiausaha Agung baharu ganti Datuk Shahruddin Md. Salleh yang kini Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan di pankreas, bekas Timbalan Perdana Menteri itu hanya berkata bahawa beliau kini semakin sihat.

“Kehadiran saya hari ini adalah untuk membuktikan yang saya masih hidup dan sihat. Keadaan saya semakin baik selepas menjalani rawatan kemoterapi. Pada 1 Oktober ini, saya akan membuat satu lagi rawatan kemoterapi.

“Secara umumnya, saya berasa lebih sihat sekarang,” kata Muhyiddin yang baru-baru ini dikecam oleh beberapa pemimpin UMNO apabila hina parti itu bakal anjur Perhimpunan Agung tahunannya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori