Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Digantung, Zahid Jalan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung Jumaat sebulat suara...

“Saya Masih ‘Budok Kuba’,...

KUALA TERENGGANU - “Saya masih Budok Kuba (budak kerbau). ‘Tsunami’ ini lebih menguatkan...

Hattan Pengetua, Faizal Ismail...

PETALING JAYA - Konsert minggu pertama Akademi Fantasia 2014 (AF2014) membuat kejutan apabila...

Felda Diminta Segera Muktamadkan...

JERANTUT - Pengurusan Felda diminta memberi perhatian dan mempercepatkan proses pengeluaran penyata hutang...

PPBM PD Beri Amaran Enggan Lihat Rafizi Turun

Ini kes berat. Belum apa lagi sudah ada bibit keretakan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Port Dickson apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding.

Ia gara-gara sering hentam Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Port Dickson telah keluar amaran kepada Rafizi Ramli dan orang kanannya, Datuk Abdullah Sani.

Mereka tidak mahu lihat muka Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Kapar ini turun berkempen sepanjang PRK tersebut. Pendirian ini dinyatakan dalam sidang akhbar parti itu di Port Dickson pada Jumaat.

Rafizi dan Abdullah Sani antara cetuskan kesangsian terhadap Mahathir dan Daim dalam soal peralihan kuasa kepada Anwar menerusi ucapan mereka ketika kempen pemilihan PKR kebelakangan ini.

Rafizi juga telah menolak anggapan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana faktor Mahathir. Abdullah Sani pula mendakwa Mahathir dan Daim ada agenda untuk sekat Anwar daripada jadi Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun meminta maaf setelah ditegur oleh Anwar. Penyelaras PPBM Bahagian Port Dickson, Ramli Awang dalam sidang akhbar itu berkata mereka tidak menentang Anwar Ibrahim bertanding di situ.


Tetapi Rafizi dan Abdullah Sani jangan datang berkempen. Beliau beri amaran tidak dapat jamin sokongan 2,000 ahli PPBM kawasan itu kepada Anwar jika mereka berdua tetap degil juga datang.

“Kami tiada masalah dengan PKR tetapi amat terkesan dengan dua individu ini yang kerap membuat tuduhan bahawa Mahathir dan Daim kononnya ada rancangan rahsia mahu menjatuhkan Anwar secara tidak bermaruah.

“Oleh itu, kehadiran kedua-dua mereka hanya akan memburukkan keadaan kerana sebahagian ahli PPBM sudah terguris hati dengan tuduhan terhadap pemimpin kami selama ini,” kata Ramli. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori