Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Antara Klopp-Mourinho, Lebih Baik...

BEKAS pemain Liverpool telah membandingkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dengan bos Manchester United...

Baju ‘Pembunuh’ Jong-nam Cetus...

BAJU putih 'LOL' yang dipakai oleh suspek kes pembunuhan lelaki Korea, Kim Jong-nam,...

Jelaskan RM40 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim, meminta Menteri...

Malaysia Sedia Laksanakan Teknologi...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia sudah bersedia melaksanakan...

Presiden Israel Kecam Duterte

BAITULMUQADDIS –Presiden Israel, Reuven Rivlin memberikan syarahan pendek tentang Adolf Hitler kepada rakan sejawatnya, Rodrigo Duterte semalam selepas pemimpin Filipina berkenaan menyamakan dirinya dengan diktator tersebut yang melakukan penghapusan bangsa Yahudi atau Holokus.

“Hitler sebenarnya mewakili syaitan. Dia adalah syaitan di muka bumi ini,” kata Rivlin semasa pertemuan mereka di pejabatnya di Baitulmuqaddis.

Rivlin kemudian menyatakan bahawa lawatan Duterte ke Memorial Holokus Yad Vashem di Israel kelmarin telah memberikan gambaran kepada beliau tentang sensitiviti berhubung sebarang persamaan dengan Hitler.

Duterte kelihatan memberikan perhatian terhadap komen ringkas Rivlin tersebut.

Presiden Filipina itu kemudian bercakap tentang perdagangan dan kerjasama dengan Israel.

Duterte menyebut tentang Hitler pada tahun 2016 apabila bercakap mengenai kempen ganas beliau membanteras dadah yang mengakibatkan beribu-ribu orang terbunuh.

“Hitler membunuh seramai tiga juta orang Yahudi. Kini (2016) terdapat tiga juta penagih dadah (di Filipina). Saya gembira untuk membunuh mereka,” kata Duterte ketika itu.

Sebilangan pakar sejarah menyatakan bahawa seramai enam juta penduduk Yahudi terbunuh dalam Holokus.


Duterte kemudian meminta maaf dan berkata, kenyataan beliau ditujukan kepada pengkritik-pengkritik yang menyamakan dirinya dengan pemimpin Nazi tersebut.

Menurut pejabat Rivlin, Duterte turut memberitahu Rivlin bahawa beliau lebih suka membeli peralatan tentera dari Israel.

Sementara itu, beberapa puluh orang yang menentang penjualan senjata kepada Filipina menunjuk perasaan di perkarangan pejabat Presiden Israel semasa pertemuan tersebut.

“Kami membantah penglibatan Israel dalam jenayah yang berlaku di sana (Filipina),” kata peguam dan aktivis hak asasi manusia, Eitay Mack. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori