Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ribut 140kmj, Hujan Batu...

BRISBANE – Ribut kencang beserta hujan batu yang melanda pantai timur Australia lewat...

Warga Singapura Dikhuatiri Lemas...

MELAKA - Seorang warga Singapura dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada sebuah kapal...

Bunuh Jong-nam: Doan Thi...

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada...

Mangkuk Besar Tarikan Kedai...

GEORGE TOWN - Siapa sangka mangkuk besar seberat 6.4 kilogram yang biasanya dipamerkan...

Presiden Mesir Benar Sekat Media Sosial

KAHERAH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, menguatkuasakan undang-undang yang membenarkan pihak berkuasa memantau pengguna media sosial di negara ini sebagai sebahagian daripada usaha mengetatkan kawalan ke atas internet, kata akhbar rasmi kerajaan itu semalam.

Undang-undang yang diluluskan parlimen pada Julai lalu itu memberi kuasa kepada Majlis Tertinggi bagi Peraturan Media untuk mengawasi pengguna media sosial termasuk blog dan web peribadi yang mempunyai lebih daripada 5,000 pengikut.

Majlis itu akan diberi kuasa untuk menggantung atau menyekat mana-mana akaun peribadi yang menerbitkan atau menyiarkan berita palsu atau sebarang maklumat yang menghasut ke arah melanggar undang-undang, keganasan atau kebencian.

Kumpulan hak asasi menyifatkan langkah itu sebagai satu lagi cara al-Sisi menyekat kebebasan bersuara secara dalam talian.

Pada Ogos lalu, presiden itu menandatangani satu lagi undang-undang yang membenarkan pihak berkuasa, melalui hakim, menyekat laman web yang menjadi ancaman kepada keselamatan atau ekonomi negara Mesir.


Menurut Persatuan Kebebasan Pendapat dan Ekspresi yang berpangkalan di Kaherah, lebih 500 laman web disekat di Mesir sebelum undang-undang baru itu diperkenalkan. – AFP/BH ONLINE

Kategori