Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditembak Kerana Nyanyi...

PYONGYANG (Korea Utara)  – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah mengarahkan salah...

50 Juta Akaun Pengguna...

FACEBOOK boleh dikenakan denda lebih £1.2 bilion (RM6.48 bilion) berikutan pelanggaran data yang...

Bella Selesai Beri Keterangan,...

KUALA LUMPUR: Remaja sindrom down, Bella selesai memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah...

JKKK Sokong Pembangkang Sila...

KENINGAU - Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Dalam...

Presiden Turki Rasmikan Masjid Di Jerman

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan menyempurnakan lawatannya ke Jerman dengan merasmikan salah sebuah masjid terbesar di Eropah.

Katanya masjid di bandar Cologne itu merupakan simbol keamanan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Jerman kerana meneruskan pembinaannya walaupun berdepan protes.

Satu operasi besar-besaran polis dijalankan semasa lawatan Erdogan ke Cologne, yang didiami ramai warga keturunan Turki.

Lawatan tiga harinya ke Jerman diselubungi kontroversi, antaranya dicetuskan oleh kritikannya terhadap Jerman sendiri.

Jerman ialah tempat tinggal 3 juta diaspora Turki.


Kedua-dua penyokong dan penentang Erdogan mengadakan perhimpunan di Cologne pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, rancangan untuk 25,000 orang berhimpun di luar masjid dibatalkan atas alasan keselamatan.

Masjid Pusat Cologne itu dibina oleh sebuah kumpulan Islam yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Turki.

Lawatan Erdogan ke Jerman bermatlamat mengurangkan ketegangan antara kedua-dua negara.

“Kita perlu mengetepikan perbezaan dan menumpukan pada kepentingan bersama,” kata Erdogan. – BBC

Kategori