Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

APMM Tahan KRU Bot...

PEKAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan 24 nelayan...

Kawasan SAR Pesawat QZ8501...

Kawasan pencarian bagi mengesan serpihan dan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501...

DAP Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata satu laporan polis...

Pulak Dah… Menteri Akui...

KETIKA negara gempar dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri...

PRK DUN Balakong, Seri Setia: SPR Jangka 70 Peratus Keluar Mengundi

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan sebanyak 70 peratus yang akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia pada 8 September ini.

Bagaimanapun kata Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood, jumlah itu hanya jangkaan awal sahaja berikutan keadaan masa kini berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Bagi pihak SPR sendiri, kita telah melakukan beberapa inisiatif supaya pengundi turun menjalankan tanggungjawab masing-masing antaranya membuat hebahan melalui Unit Bergerak Jabatan Penerangan dan media massa.

“Kita juga menyeru supaya calon bagi kedua-dua parti membantu dengan membuat hebahan semasa berkempen supaya mengalakkan pengundi keluar mengundi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.

Terdahulu, Othman melakukan lawatan di dua pusat pengundian awal iaitu bagi DUN Balakong di Kuarters Balai Polis Seri Kembangan manakala DUN Seri Setia di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM) di TTDI Jaya.


Dalam pada itu, Othman berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, peratusan pengundi yang keluar di DUN Balakong adalah sebanyak 90 peratusan.

“Di DUN Seri Setia pula, sebanyak 53 peratusan pengundi telah menjalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi. Namun, bagi DUN Balakong pusat undi telah ditutup berikutan waktu pengundian telah tamat pada pukul 12 tengah hari,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori