Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Saya Lebih Suka Berlatih...

KUALA LUMPUR - Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Dominic Tan menyatakan beliau lebih...

UMNO Bahtera Bocor, Sukar...

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan...

Syed Mokhtar Kuasai 
Media...

KUALA LUMPUR - Tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dijangka menjadi...

Sabah, Sarawak Bangunkan Industri...

KOTA KINABALU - Sabah mahu membentuk kerjasama dengan Sarawak untuk membangunkan industri automotif...

PRK Dun Seri Setia, Tanda Rakyat Mahu Pembangkang Bersatu

SHAH ALAM – Kejayaan PAS dalam menambah lebih100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang berakhir semalam memberi petanda jelas penerimaan rakyat dalam pembentukan satu blok pembangkang yang bersatu dan kuat.

Kata bekas calon PAS dalam PRK DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali, berdasarkan kiraan undi yang dibuat semalam, parti berkenaan telah mendapat kemenangan di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) di mana dua daripadanya pertama kali berjaya dimenangi.

“Semalam adalah kemenangan moral bagi PAS dan blok pembangkang, PAS berjaya menang buat pertama kali di PDM TTDI Jaya dan Sungai Wei selain berjaya menambah jumlah majoriti undi di PDM PJS5.

“Malah PAS juga menang di undi pos dan undi awal yang melibatkan kakitangan polis dan tentera selain berjaya menambah undi orang muda dan bukan Melayu, ini satu signal daripada pengundi memberitahu mereka matang berpolitik dan tidak takut untuk membuat perubahan” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam PRK berkenaan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi DUN itu apabila calonnya, Halimey Abu Bakar berjaya mendapat undi sebanyak 13, 725 undi berbanding Dr Halimah sebanyak 9,698.

Kerusi DUN Seri Setia kosong apabila penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat barah usus pada 2 Ogos lepas.


Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, PAS hanya memperoleh 4,563 undi dan kehilangan deposit manakala UMNO mendapat 9,878 undi sementara PH sebanyak 29,250.

Mengenai kerjasama PAS dan UMNO sebagai satu blok pembangkang, Dr Halimah berkata kerjasama antara kedua-duanya semasa PRK berkenaan memberi harapan akan wujud satu kerjasama yang lebih besar dan erat pada masa akan datang.

“Kerjasama ini akan membawa kebaikan kepada rakyat, kerjasama ini juga bukan bermakna kita mesti setuju dalam semua hal, dan ia bukan juga bermakna kita perlu membangkang dalam semua hal, apa perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat akan diperjuangkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori