Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aktor Kevin Spacey Ke...

NEW YORK - Pemenang Anugerah Oscar, iaitu pelakon Kevin Spacey berdepan dengan tuduhan...

Nik Omar Mulakan Tugas...

PUTRAJAYA - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu Nik Omar...

Kaedah Baharu Turap Jalan...

KUALA LUMPUR - Penggunaan kaedah baharu bagi tujuan turapan jalan raya di negara...

Lantik Orang Kompeten Jaga...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Tenaga menasihatkan semua pemilik premis yang guna pepasangan voltan...

PRK Port Dickson Saksi Pertarungan 7 Penjuru

PORT DICKSON – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru dengan kemunculan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan sebagai pencabar.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya, Khairy Maamor berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima lapan kertas pencalonan daripada calon-calon yang menawarkan diri bertanding, namun satu daripadanya ditolak.

Mereka yang layak bertanding adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Harapan (PH), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan lima calon bebas.

Mereka ialah Lau Seck Yan, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong, Kan Chee Yuen selain Mohd Isa dan Saiful Bukhari.

Seorang calon bebas A. Rajendra bagaimana pun ditolak kertas pencalonannya kerana pencadangnya bukan pemilih berdaftar Parlimen Port Dickson.

Terdahulu, para penyokong kesemua calon yang bertanding mula berkumpul sejak 7 pagi di sekitar pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

Selain Mohd Isa dan Saiful Bukhari yang hanya mengumumkan bertanding pada saat-saat terakhir, kehadiran calon bebas seperti Lau, Kan dan Rajendra adalah tidak dijangka sama sekali.

Dua individu yang dihebahkan media berura-ura untuk bertanding sebelum ini iaitu pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Hisbah, Datuk Mohd Ezam Mohd Noor dan wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ahmad Kamaruddin juga tidak muncul sehingga tempoh pencalonan ditutup.

Lau merupakan calon terawal tiba iaitu pada pukul 8.20 pagi manakala Rajendra merupakan individu terakhir tiba di pusat penamaan iaitu 9.57 pagi iaitu tiga minit sebelum tempoh masa penyerahan kertas pencalonan ditutup.

Anwar yang tiba pada pukul 8.50 pagi diiringi Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH dan PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dua Naib Presiden iaitu Nurul Izzah dan Tian Chua serta Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Turut mengiringi Anwar ialah Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Eddin Syazlee Shith, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.


Berlaku sedikit kekecohan dengan keadaan tolak-menolak ketika Anwar ingin memasuki pintu pagar di pusat penamaan calon apabila penyokongnya yang turut mengiringinya berebut-rebut untuk masuk.

Bagaimanapun situasi itu dapat ditenteramkan oleh anggota polis yang bertugas. Pada proses penamaan calon, Lau merupakan individu pertama menyerahkan kertas pencalonannya sebaik pusat penamaan dibuka 9 pagi tadi iaitu pada pukul 9.02 pagi.

Ini diikuti, Mohd Isa (9.03 pagi), Mohd Nazari (9.04), Stevie Chan (9.04), Kan (9.06), Anwar (9.11) dan Mohd Saiful Bukhari (9.16).

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR bertanding kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

SPR menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi manakala 9 Okt sebagai hari pengundian awal.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pemilih berdaftar dengan 68,468 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara.

PRK itu melibatkan seramai 1, 403 petugas pilihan raya dengan 39 premis digunakan sebagai pusat mengundi membabitkan 171 saluran. – BERNAMA

Kategori