Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Isu Korea Utara: PM...

TOKYO - Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Isnin menggesa untuk tidak menggunakan...

Peniaga Pasar Malam Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga pasar malam didenda RM15,000 atau penjara enam bulan...

28,287 Keluarga Sudah Terima...

KUALA LUMPUR : Seramai 28,287 ketua isi rumah yang terkesan akibat bencana banjir...

Jalan Sepanjang 4km Akan...

KUALA NERUS - Jalan sepanjang empat kilometer akan dibina dari Long Beach di...

PRK Seri Setia Buktikan Kerjasama UMNO, PAS Berbaloi

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia membuktikan kerjasama PAS dan UMNO berada pada landasan yang betul dan tepat.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, PRK Seri Setia menunjukkan peningkatan undi sekali ganda untuk calon PAS kali ini berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Wanita UMNO yakin peningkatan undi calon Pas dari 4,563 undi pada PRU-14 kepada 9,698 undi yang diraih oleh Halimah menterjemahkan kemahuan ahli dan penyokong kedua-dua parti Melayu terbesar menjalin permuafakatan dan persefahaman ke arah memperjuangkan nasib Melayu dan Islam ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, peningkatan undi yang diperoleh Pas itu sekali gus memberi petunjuk yang berharga bahawa PAS dab UMNO boleh menjalin lebih banyak kerjasama bukan sahaja di peringkat kepemimpinan parti.

Malah kata beliau, kerjasama selepas ini akan lebih teliti dan mendalam lagi dalam kalangan ahli-ahli akar umbi kedua-dua parti.

Tambah beliau, keputusan PRK Seri Setia akan menjadi titik tolak penting dalam menunjukkan keikhlasan peringkat kepemimpinan PAS untuk duduk bersama lagi selepas ini dengan UMNO dalam mencari titik persamaan sepenuhnya.


“Ia terutama apabila mengundang kepemimpinan UMNO dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-64 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu depan.

“Apa pun, PRK Seri Setia hari ini dan PRK Sungai Kandis sebelum ini menjadi semacam suatu referendum rakyat melalui bukti peningkatan jumlah undi masing-masing yang diraih oleh calon PAS dan calon UMNO dalam suasana betapa rakyat tidak puas hati dengan apa yang berlaku terutama membabitkan isu-isu berkepentingan Melayu dan Islam, apatah lagi janji-janji dalam manifesto PH sebelum menjadi kerajaan yang kira-kira 70 peratus masih belum tertunai dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan yang berakhir 17 Ogos lalu,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.TV

Kategori