Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MP Pendang Digantung Parlimen...

Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) digantung parlimen selama tiga hari kerana menggelar RSN Rayer...

PM Umum Bantuan Kepada...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan...

Guru Ditelanjang, Dibelasah Kerana...

SEORANG guru telah dipukul dan dibogelkan di khalayak ramai oleh ibu bapa kepada pelajar...

5 Gambar Muka Banduan...

RATA-RATA masyarakat yang memiliki aset pada wajah mereka lazimnya akan jadi pelaris dalam...

“Projek Infrastruktur China Rapatkan Jurang, Majukan Ekonomi”

PROJEK infrastruktur China membantu merapatkan jurang ekonomi di negara hos, menurut satu kajian di Amerika Syarikat.

Walaupun ada kemungkinan perangkap hutang seperti yang berlaku di Sri Lanka, projek infrastruktur China sebenarnya membantu negara lokasi pelaburan memajukan negara, lapor akhbar South China Morning Post memetik hasil kajian itu.

Projek Belt and Road Initiative bernilai trilion dolar itu bertujuan meluaskan laluan perdagangan di seluruh dunia, tetapi didakwa sebagai gajah putih oleh pengkritiknya kerana didakwa bermotif politik dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi.

Ketika projek China di seluruh Asia didakwa tidak kos efektif, AidData, sebuah projek berpusat di Amerika Syarikat yang memantau bantuan pembangunan, berkata projek dibiayai China membantu kemajuan ekonomi dalaman negara terbabit.

Menurut laporan itu, AidData mendapati projek infrastruktur menghubungkan telah membantu merapatkan jurang ekonomi kerana menghubungkan tempat-tempat yang jauh.

Menurut badan kajian itu, ini selama ini tidak dapat dilakukan oleh bantuan pembangunan dari Barat.

Dalam laporan terbaharu AidData yang diterbitkan pada Selasa, ia memantau kesan pertumbuhan ekonomi di 138 buah negara melibatkan 3,485 projek infrastruktur meliputi lapangan terbang, pelabuhan, dan jalan raya antara tahun 2000 hingga 2014.

AidData mengukur ketidakseimbangan ekonomi dengan menilai pembangunan melalui data satelit menunjukkan taburan kawasan berlampu pada waktu malam di lebih daripada 32,000 kawasan seluruh dunia.


Kepadatan kawasan berlampu pada waktu malam merupakan satu petunjuk agregat aktiviti ekonomi, yang diukur melalui lampu antara jam 8.30 hingga 9.30 malam.

Lapor SCMP, kajian itu mendapati banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana menunjukkan jurang ketidakseimbangan yang tinggi.

Ini ditunjukkan melalui tumpuan aktiviti ekonomi di kawasan kecil di pusat bandar dan kurang aktiviti ekonomi di bandar lain dan kampung.

Kajian itu mendapati peningkatan 10 peratus pembangunan dibiayai China menyamai secara purata 0.6 hingga 1.1 peratus peningkatan dalam aktivit lampu waktu malam, dan sekitar 0.2 hingga 0.3 peratus peningkatan keluaran dalam negara kasar dalaman.

AidData dilapor berkata, infrastruktur China juga mampu membawa pembangunan ekonomi di kawasan bandar yang bukan tumpuan.

“Di negara penerima bantuan, ramai dalam kalangan masyarakat luar bandar tidak dihubungkan dengan kawasan paling maju negara mereka, dan sukar untuk mereka yang misalnya, tinggal satu jam perjalanan daripada pusat bandar untuk menerima kerja lebih baik di pusat bandar,” kata Bradley Parks, pengarah eksekutif AidData dan pengarang bersama kajian itu. – Mynewshub.tv

Kategori