Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Orang Asli Bertindak ‘Berani...

GUA MUSANG - Orang Asli di Kampung Kaleg, Pos Tohoi, di sini, melakukan...

Gerakan Tuntut 1.0 Serah...

PUTRAJAYA – Gerakan Tuntut 1.0 hari ini menyerahkan memorandum dan cakera padat (CD)...

Sultan Ibrahim Mahu Kerajaan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu kerajaan negeri...

Boling AIK: Shalin Raih...

KUALA LUMPUR – Pemain boling veteran negara, Shalin Zulkifli memulakan kempen 2018 dengan...

Projek Kabel Elektrik Dasar Laut Tawau Ke Pulau Sebatik Siap November

TAWAU – Projek pemasangan kabel elektrik dasar laut dari Tawau ke Pulau Sebatik yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 13,000 penduduk di pulau itu dijangka siap November tahun ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Abd Muis Picho.

Beliau berkata pemasangan kabel sepanjang 14 kilometer dan melibatkan kos RM142 juta itu penting bagi menampung keperluan bekalan elektrik yang meningkat di kawasan berkenaan di samping membantu mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik melalui kabel sedia ada.

“Kabel pertama yang dipasang pada 2009 sepanjang 12.5 km dari Kampung Pasir Putih, Tawau sehingga ke Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik masih mampu menampung keperluan harian elektrik penduduk pulau itu.

“Namun sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik , ia boleh menjejaskan kira-kira 15 kampung di pulau tersebut,” katanya ​​​​​​​kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja dan tinjauan di sub-stesen Sungai Tongkang di Pulau Sebatik hari ini.

Abd Muis yang juga wakil rakyat Sebatik berkata pemasangan kabel elektrik dasar laut kedua itu sekali gus memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas untuk penduduk di kawasan luar bandar agar dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa. – BERNAMA

Kategori