Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anne Ngasri Tak Idam...

PETALING JAYA - Pelakon Anne Ngasri tidak pernah berhasrat untuk bergiat aktif dalam...

Netizen Marah Amyra, Amar...

PASANGAN selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli baru sahaja menimang cahaya mata lelaki...

Pencen, Gaji Dibayar Awal...

PUTRAJAYA – Penjawat awam dan pesara kerajaan bakal menerima bayaran gaji serta pencen...

Remaja Maut,Tiga Beranak Parah

Kuala Terengganu - Remaja berusia 18 tahun maut manakala tiga beranak termasuk kanak-kanak...

Proton Mulakan Siri Pratonton SUV X70

KUALA LUMPUR – Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) pertama Proton, X70 telah membuat penampilan awamnya melalui program pratonton eksklusif yang dianjurkan oleh Proton Edar Sdn Bhd pada 19-23 Sept lepas di Petaling Jaya.

“Pelanggan, eksekutif-eksekutif tahap C daripada syarikat-syarikat terkemuka serta bakal pembeli korporat dijemput untuk melihat reka bentuk luaran dan hiasan dalaman SUV ini, yang merupakan produk pertama Proton dalam segmen pasaran yang sedang pesat berkembang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Abdul Rashid Musa berkata sejak tempahan dibuka pada 8 Sept, maklum balas daripada pelanggan amat menggalakkan.

“X70 telah mencapai tingkat terbaharu bagi Proton dengan reka bentuk moden dan canggih, jadi kita akan menganjurkan pratonton bagi membolehkan pelanggan melihat dengan lebih dekat supaya mereka dapat memahami tahap kejuruteraan serta merasai sendiri bahan-bahan premium yang digunakan dalam SUV ini,” katanya.

Sesi pratonton pelanggan eksklusif yang bermula pada 19 Sept lepas adalah yang pertama dalam siri acara yang merangkumi tujuh bandar Malaysia, ia akan berlangsung sehingga 4 Nov.


Sesi tersebut akan diikuti dengan acara di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kuantan, Ipoh dan Kota Kinabalu.

Proton Holdings Bhd dimiliki sebanyak 50.1 peratus oleh DRB-HICOM Bhd dan 49.9 peratus lagi oleh Zhejiang Geely Holding Co.Ltd. – BERNAMA

Kategori