Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Polis Tetap Siasat Isu...

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tetap...

Lana Nodin Kembali Seksi...

SEBELUM ini ramai yang bersimpati dengan nasib pelakon Lana Nodin selepas dirinya putus...

Tyra Banks Bergelar Ibu...

SUPERMODEL terkenal, Tyra Banks mengumumkan dirinya kini sudah bergelar ibu dengan kelahiran anak...

PRN Johor Perlu Diadakan...

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada...

Pusat Pengundian Awal PRK Seri Setia Ditutup 5 Petang

SHAH ALAM – Dua pusat pengundian awal bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang; dan Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, ditutup pukul 5 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata sebanyak 77 peratus daripada 2,770 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Proses pengundian awal yang bermula sejak 8 pagi tadi turut disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik oleh SPR.

Peti-peti undi bagi pengundian awal itu disimpan di lokap Balai Polis Kelana Jaya dan proses pengiraan akan dilakukan pada hari pengundian Sabtu ini.

PRK DUN Seri Setia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar yang merupakan bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan calon PAS yang merupakan bekas anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali.


Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

Sejumlah 50,692 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini. – BERNAMA

Kategori