Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PMO Sahkan Mahathir Sihat,...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Nasib Xavier Andre Justo...

PETALING JAYA - Bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo tiba di Bangkok...

Penjaga Kolam Udang Berdepan...

JOHOR BAHRU - Seorang penjaga kolam udang yang sebelum ini mengaku bersalah atas...

Video: Xavier Dituduh Bakar...

SEBUAH kereta milik seorang penyokong PKR rentung dibakar dua penunggang motosikal tidak dikenali dalam...

Raja Muda Perlis Berangkat Ziarah Mangsa Ribut

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi beberapa buah rumah di sekitar Mata Ayer dekat sini, yang mengalami kerosakan selepas dilanda ribut Isnin lepas.

Baginda juga berkenan meninjau gotong-royong membaiki bumbung rumah yang dilakukan pasukan 4 Rejimen Renjer DiRaja (4RRD) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra berhampiran Kem Bukit Cowder dekat sini.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) diiringi Ketua Kompeni Markas 4RRD, Mejar Ahmad Amir Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Komander Rejimen 504 AW, Lt Kol Huzaini Hussin.

“Gotong-royong ini merupakan program Jiwa Murni yang dilaksanakan bersempena Hari Ulang Tahun Rejimen Renjer DiRaja yang ke-55 peringkat 4RRD semalam,” titah baginda di sini, hari ini.

Dalam kejadian ribut di beberapa tempat di Perlis Isnin lepas, sebanyak 139 laporan membabitkan kerosakan kediaman diterima, selain banyak pokok tumbang di jalan raya sehingga menyebabkan beberapa insiden termasuk kemalangan maut.


Sementara itu, baginda turut mengambil kesempatan mengingatkan para anggota tentera bahawa keselamatan sesebuah negara itu tidak terjamin dan tidak menentu.

“Ia bersifat tidak boleh diramal atau diduga dan boleh tercetus atau berlaku (sebarang insiden) pada bila-bila masa, justeru situasi itu memerlukan pasukan keselamatan sentiasa berwaspada dan mampu bertindak dalam masa yang amat singkat,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori