Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hasil Kutipan GST Diumum...

KUALA LUMPUR - Hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) setakat ini akan...

Bas Mini Bukan Aspirasi...

1. Wawasan 2020 adalah dasar pandangan jauh dikemukakan Tun Dr. Mahathir sewaktu menjadi...

Keputusan PT3 Lebih Adil...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) tetap menyokong pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah...

Industri Filem Porno Jepun...

UMUM mengetahui, Jepun adalah antara negara Asia yang amat terbuka dalam penerbitan pornografi...

Rakaman CCTV Dedah Bapa ‘Nyanyuk’ Didera Penjaga

ANAK perempuan seorang pesakit demensia yang dipukul dan ditarik oleh penjaganya meluahkan rasa kecewa terhadap insiden yang menimpa bapanya.

Ayda Celine mula mengesan terdapat kesan lebam pada tubuh bapanya David Nabulsi beberapa bulan lalu, namun mendakwa dia diberitahu bahawa bapanya mungkin terjatuh.

Namun, keadaan warga emas berusia 82 tahun itu semakin merosot dan enggan disentuh, dia tidak mahu meninggalkan biliknya atau makan.

Ayda mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

Ayda kemudian memasang kamera litar tertutup di bilik bapanya di pusat jagaan yang terletak di Seaforth, Sydney, Australia.

Wanita itu berasa terkejut dengan rakaman video yang dilihatnya.

Rakaman tersebut yang dikongsikan kepada orang awam menunjukkan pesara tersebut dipukul dengan kasut, ditarik dari katil diseret di lantai ketika terbaring tanpa mampu berbuat apa-apa.

“Bapa saya mengadu sakit ketika saya tanggalkan seluarnya dan perasan ada kesan hitam seperti lebam pada tubuhnya.


“Saya dimaklumkan mungkin dia telah jatuh, jadi saya biarkan sahaja,” kata Ayda kepada 9 News.

Wanita itu turut mendakwa bapanya dibiarkan memakai lampin pakai buang yang basah selama beberapa jam tanpa ada orang yang menukarkannya.

Selepas menyedari kelakuan bapanya semakin berubah, Ayda memasang kamera tersebut kerana dia tidak percaya sekiranya pihak pusat jagaan tersebut menjaga bapanya.

Penjaga, Prakash Paudyal, 35, ditahan dan didakwa dengan dua pertuduhan iaitu melakukan serangan lazim dan menggunakan senjata dengan niat untuk menyerang mangsa, lapor 9 News.

Prakash turut dipecat dari pusat jagaan tersebut.

Insiden itu berlaku antara 26 Ogos dan 29 Ogos. – Mirror UK

Kategori