MANILA – Seorang wanita melalui kejadian mengerikan apabila rambutnya tersangkut pada roda Ferris hingga terkoyak kulit kepala dalam kejadian di Surigao del Sur, Filipina, baru-baru ini.
Sebelum itu, mangsa, Guyguy Salvador, 21, dikatakan penat hingga terlelap ketika berada dalam salah sebuah gondola.
Tiupan angin menyebabkan rambutnya tersangkut di mesin berkenaan dan dia akhirnya terjaga dalam kesakitan ketika kulit kepalanya terkoyak.
Operator yang terdengar rakan-rakannya menjerit meminta pertolongan terus memberhentikan mesin itu.
Mangsa yang dikejarkan ke Pusat Perubatan Selatan Filipina terlantar enam minggu di hospital itu selepas menjalani pemindahan kulit.
āSaya tidak pernah mengalami kesakitan seperti itu. Sebaik melihat banyak darah, saya terus pengsan.
āBanyak kali saya memikirkan mengenai kejadian itu. Saya harap untuk kembali ke masa itu dan mengubahnya. Namun, ia sudah pun berlaku.
āSaya bersyukur masih hidup walaupun luka itu masih dirasai. Ramai lagi yang mengalami kemalangan lebih buruk. Saya berdoa dapat pulih seperti sedia kala,ā katanya yang dibenarkan keluar hospital kelmarin. – Daily Mail/myMetro Online