Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

1,384 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,384 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah...

Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu...

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara...

Pekin Ibrahim Jelaskan, Uqasha...

PELAKON Pekin Ibrahim menjelaskan Uqasha Senrose yang ingin bergambar dengannya terlebih dahulu selepas...

Koronavirus: Agong Titah Semua...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Rashford Budak Naif – Mourinho

JOSE Mourinho berkata Marcus Rashford kelihatan seperti budak naif selepas diperintah keluar padang kerana menanduk Phil Bardsley ketika Manchester United menang ke atas Burnley, Ahad malam.

Rashford, 20, menerima kad merah pertama dalam kariernya selepas insiden di Turf Moor itu.

Dengan Real Madrid sudah mendahului dengan 2-0, Rashford dilihat bergaduh dengan Bardsley.

Bardsley kelihatan memulakan provokasi dengan menyepak Rashford.

Sementara Bardsley menerima kad kuning, Rashford pula diperintah keluar padang, meninggalkan United dengan hanya 10 pemain ketika perlawanan berbaki 10 minit.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya akan kata dia naif.

“Ia ibarat pergaduhan antara budak-budak dengan lelaki berpengalaman. Bardsley beraksi selama 20 tahun manakala Marcus adalah budak naif,” kata Mourinho.


Penyerang Belgium, Romelu Lukaku meletak United di depan menerusi tandukannya pada minit ke-27.

Dia turut menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Paul Pogba pula terlepas sepakan penalti pada babak kedua tetapi keputusan itu sudah cukup buat United untuk mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan. – mStar Online

Kategori