SEORANG remaja Israel mati terjatuh di Taman Negara Yosemite di California, Amerika Syarikat semasa cuba mengambil swafoto
Tomer Frankfurter, 18 tahun, sedang dalam pengembaraan dua bulan di AS, kata ibunya seperti dilapor media Israel.
Katanya, dia diberitahu anaknya cuba mengambil swafoto dan jatuh pada ketinggian 250 meter.
Kementerian luar Israel berkata mayatnya sedang dibawa pulang untuk pengkebumian.
Jun lalu, dua pendaki mati selepas terjatuh di Yosemite semasa mendaki batuan granit digelar El Capitan.
Seorang lagi pendaki mati pada Mei lalu di puncak Half Dome di Lembah Yosemite, manakala seorang lagi pendaki British jatuh dan mati di El Capitan September lepas.
Taman Negara Yosemite dibuka semula baru-baru ini selepas ditutup ekoran ancaman kebakaran. – BBC