Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Remaja Bangga Kongsi @Facebook...

Nampaknya meneliti laman sosial anak-anak muda zaman sekarang pun dah cukup memberitahu kita...

Tolak Kontroversi, Izreen Maafkan...

BERBULAN menanggung caci maki, pelakon Izreen Azminda dengan terbuka hati telah mengosongkan jiwanya...

Oh Tidak… Kasut Selfie...

Semakin hari, pelbagai teknologi dan evolusi baru yang dicipta bagi memudahkan aktiviti kehidupan...

Budak Hilang Ditemui, Dipaksa...

SUSULAN kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki pada 22 Mac lalu di sebuah masjid...

“Rindu Tak Terkata… Dia Tak Pernah Mati” – Nora Ariffin

PENYANYI Nora Ariffin memberitahu perasaan rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi masih menebal meskipun arwah sudah meninggalkan mereka kira-kira setahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Nora, 44, berkata dia perlu kuat berdepan ujian kehilangan insan tersayang ini demi anak-anak tercinta.

“Sesungguhnya pemergian Johan telah banyak mengajar saya erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya, saya tak pernah terfikir dia akan pergi begitu cepat, saya belum bersedia.

“Rindu memang tak terkata, tapi kita hanya mampu merancang yang menentukan bukan kita, Allah saja yang tahu. Hingga kini, pelbagai cabaran, dugaan dan ujian yang harus ditempuhi, saya tiada pilihan.

“Semuanya harus diredah dengan penuh kesabaran, ketabahan dan senyuman untuk menutup segala keperitan. Demi anak-anak… saya harus kuat,” katanya.

Nora berkongsi luahan di laman Instagram.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini menulis luahan hati tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Johan meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pada 24 Mac tahun lalu.

Sementara itu, Nora berkata perkongsian luahan hati dan kesedihannya selama ini bukanlah bertujuan untuk meraih simpati orang ramai.


Malah, dia tidak kisah dengan kritikan dan kata-kata sindiran kerana mereka tidak mengetahui situasi sebenar yang dilalui olehnya sekeluarga.

“Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun… apatah lagi meraih simpati, cukup lah Allah bersama saya, apa orang nak kata, saya tak kisah.

“Orang berhak berkata-kata dan menulis apa saja, mereka tidak berada di tempat saya dan tidak tahu bagaimana rasanya. Saya sudah maafkan semua.

“Terima kasih buat semua sahabat dan peminat yang sentiasa positif, memahami, sering membantu saya. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Johan tak pernah mati, dia sentiasa dihati dan jiwa selamanya,” katanya. – mStar Online

Kategori