Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penguat Kuasa Pantau Acara...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat...

Rakaman Audio ‘Kawtim’ Dihantar...

PARIT - Rakaman audio 'kawtim' yang didakwa melibatkan pegawai khas Exco Kerajaan Negeri...

Iran Serang Pangkalan Militan...

DUBAI Pengawal Revolusi Iran mendakwa melakukan serangan menggunakan dron ke atas pangkalan militan...

Hajiji Nafi Salah Guna...

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menafikan...

Royalti Minyak 20 Peratus, Tidak Beri Kesan Pada SHELL

KOTA KINABALU – Tuntutan sebanyak 20 peratus, jika dipenuhi, tidak akan memberi kesan kepada pelaburan SHELL di negara ini.

Pengerusi SHELL Malaysia, Datuk Iain Lo, berkata ini kerana syarikat itu sentiasa mencari jalan untuk menceburi lebih banyak perniagaan dalam sektor minyak dan gas.

“Bagi syarikat pelabur seperti kami, kami mesti mendapat pulangan yang munasabah untuk setiap pelaburan.

“Selagi fiskal dan pengawalseliaan di Malaysia baik, kami akan terus melabur,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

Lo berkata demikian ketika ditanya sama ada SHELL mampu menjalankan kerjasama perniagaan dengan PETRONAS jika tuntutan royalti 20 peratus diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Beliau turut berpendapat kerajaan negeri atau PETRONAS tidak akan mahu membuat apa-apa yang akan menjejaskan pelaburan di negara ini.


“Justeru, kami hanya tunggu dan lihat apa hasilnya tetapi saya tidak menjangka ia akan menjejaskan perniagaan atau pelaburan di negeri ini,” katanya.

Mengenai kunjungan hormat itu, Lo berkata, SHELL berkongsi perancangan masa hadapan syarikat itu dengan Ketua Menteri, termasuk menjelaskan aktiviti perniagaannya di Sabah.

“Kami mengendalikan dua telaga di perairan Sabah iaitu di Gemusut Kakap dan Malikai. Pada masa ini, hasil amat baik dan jumlah pengeluaran daripada kedua-dua telaga ini kira-kira 200,000 tong sehari,” katanya. – BH Online

Kategori