Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sikap Makin Pelik, Iqram...

SIAPA rajin menonton drama pasti kenal dengan pelakon Iqram Dinzly yang sememangnya berbakat...

Makin Baik Selepas Tamat...

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah...

Pasangan Kekasih Dicekup Bersama...

BUTTERWORTH - Sepasang kekasih dicekup ketika berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh...

Isu Rohingya, AS Desak...

LAPORAN PBB yang mendakwa pemimpin tentera dan kerajaan awam Myanmar terlibat dalam kekejaman...

RTB Sungai Pinang Fasa 3 Bermula April 2019

PULAU PINANG – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang Fasa 3 di sini yang bernilai RM150 juta dijangka bermula April tahun depan dan siap sepenuhnya menjelang 2023.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar berkata, projek yang menggunakan peruntukan daripada kerajaan Pusat terdahulu itu akan dimulakan dengan kerja-kerja pelebaran kawasan Sungai Pinang seluas kira-kira 1.5 kilometer (km).

Jayakumar yang memberi jaminan bahawa projek tersebut akan disiapkan mengikut jadual berkata, pihaknya bagaimanapun berdepan beberapa masalah ketika ini termasuk ketiadaan tanah sebagai lokasi yang sesuai untuk tebatan banjir atau kawasan tadahan bagi projek berkenaan.

“Kebanyakan tanah-tanah di sini dibangunkan secara sensitif dan pada masa yang sama juga, banjir terus berlaku hampir setiap tahun.

“Oleh itu, kita akan bincang perkara ini dengan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengoptimakan segala sumber yang ada bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja untuk projek tersebut di sini, hari ini.


Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim serta beberapa wakil daripada pihak kementerian dan jabatan berkaitan. – UTUSAN ONLINE

  • Lagi berita berkaitan:
  • RTB

Kategori