Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

`Angpow’ Untuk Pengguna Lebuhraya...

KAJANG - Sebanyak 10 pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) yang mencatatkan jumlah...

GST – Senarai Barang...

UMUM mengetahui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April kelak.Walaupun...

UPSI Jalin Kerjasama Dengan...

IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan hubungan kerjasama dengan Institut Pengajian...

RMK-12 Penentu Kejayaan Negara

SELALU kita dengar tentang RMK. RMK itu. RMK ini. Tetapi apakah kita tahu...

Rugi RM100,000 Ditipu Urusan Sewaan Jentera

KUANTAN – Seorang peniaga kerugian RM100,000 akibat ditipu dalam urusan sewaan jentera bagi kerja pembinaan di Pelabuhan Kuantan di sini, awal tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 51 tahun mendakwa telah membuat persetujuan menyewa ‘floating crane’ dengan seorang lelaki yang difahamkan pengurus syarikat pembekal.

Katanya, mereka mencapai persetujuan nilai sewaan jentera itu pada kadar S$250,000 atau RM750,000 sebulan sehingga projek selesai dan mangsa telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM100,000 pada 8 Mac lalu.

“Pada 10 April lalu, mangsa dan suspek telah bertemu dengan pengurusan tertinggi Pelabuhan Kuantan yang mana suspek mengakui tidak dapat menghantar ‘floating crane’ itu ke pelabuhan pada 12 April lalu.

“Mangsa mahu suspek memulangkan semula wang pendahuluan itu, namun suspek memberikan pelbagai alasan dan masih tidak berbuat demikian setakat ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, niat seorang pengurus kilang papan untuk membantu rakan yang kononnya menghadapi masalah kewangan membawa padah apabila dia ditipu membabitkan sejumlah RM18,000.

Mohd Wazir berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berumur ​​​​​​​50, mendakwa dihubungi rakan lama bernama Philip pada 3 Sept lalu yang mahu meminjam wang RM18,000 dan berjanji akan memulangkan semula wang itu pada keesokan harinya (4 Sept).


“Mangsa bagaimanapun tidak menerima semula wang itu dan telah menghubungi nombor telefon lama Philip yang ada padanya. Philip memberitahu dia tidak pernah menggunakan nombor itu dan tidak meminjam wang mangsa.

“Mangsa cuba menghubungi nombor yang digunakan suspek, namun sehingga kini tidak berjaya menyebabkan dia rasa ditipu,” katanya.

Sementara itu, seorang surirumah kerugian RM3,000 yang dikatakan sebagai sogokan untuk melepaskan adik iparnya yang ditahan polis kerana disyaki mencuri kabel dan positif dadah.

Mangsa, 30, mendakwa adik iparnya ditahan pada 7 Ogos lalu dan suspek yang merupakan rakan suaminya mendakwa mengenali pegawai penyiasat yang mengendalikan kes tersebut.

“Mangsa menyerahkan wang pada 14 Ogos lalu, namun adik iparnya telah dihantar ke Penjara Penor. Mangsa seterusnya berjumpa dengan pengawai penyiasat dan diberitahu dirinya ditipu,” katanya. – BERNAMA

Kategori