Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertarungan ‘Lightsaber’ Diiktiraf Sukan...

PARIS - Persekutuan Lawan Pedang Perancis telah mengiktiraf pertarungan 'lightsaber' atau pedang laser...

Arab Saudi Hantar Pulang...

JAKARTA – Seramai 46 calon jemaah haji Indonesia telah dihantar pulang oleh kerajaan...

Infrastruktur Pendidikan Di Sarawak...

SEREMBAN - Kementerian Pendidikan akan memastikan infrastruktur sekolah yang perlu dinaik taraf di...

Murid Tahun 5 Lemas...

KUALA TERENGGANU - Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Manir, mati...

Rupa-Rupanya Stor Sorok Mercun

SIBU – Kebakaran sebuah kilang memproses kayu di Jalan Ting Lik Kong, di sini, malam tadi, yang merebak ke sebuah stor bersebelahan, membongkar kegiatan penyimpanan barang larangan di dalam stor berkenaan.

Ia disedari apabila letupan berlaku diikuti percikan bunga api selain mercun roket berterbangan dari stor yang musnah itu dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam.

Saksi di tempat kejadian, Rami Biji, 33, berkata mereka sekeluarga bertempiaran lari apabila puluhan mercun roket yang terbang akibat kebakaran itu terkena kediaman mereka.

Katanya, dia sebelum itu menyedari kebakaran berlaku apabila terlihat api marak di kilang kayu berkenaan yang terletak berdekatan tempat tinggalnya di sebuah lagi kilang berdekatan.

“Sebaik melihat api marak di kilang kayu, saya menjerit meminta ahli keluarga supaya segera mengeluarkan barangan penting kerana bimbang api merebak hingga ke kilang tempat kami bekerja serta kediaman kami.

“Bagaimanapun, dalam keadaan kelam-kabut, tiba-tiba bunyi letupan bertalu-talu disertai dengan mercun berterbangan serta percikan bunga api menyebabkan suasana seakan pesta bunga api,” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Rami berkata, bimbangkan letupan lebih besar berlaku, mereka beredar jauh dari lokasi kebakaran.

“Kejadian ini memang menakutkan kerana sepanjang beberapa tahun bekerja di sini, kami tidak pernah tahu premis itu adalah stor penyimpanan mercun,” katanya.

Pemilik kilang kayu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lau pula berkata, kilangnya sudah beroperasi lebih 10 tahun, namun dia juga mengaku tidak mengetahui bahawa premis di sebelah kilangnya itu dijadikan tempat penyimpanan mercun dan bunga api.


Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon 4 Sibu, Misran Bisara, berkata seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungei Merah dan BBP Sentral Sibu dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 10.37 malam.

“Kami terpaksa menebuk dinding dan bumbung kilang kayu itu untuk memasukkan hos air bagi mengawal kebakaran di stor penyimpanan mercun.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk memadam sepenuhnya kebakaran kilang kayu itu.

“Kami terpaksa bertungkus-lumus mengawal kebakaran premis bersebelahan kerana letupan mercun masih berlaku sehingga jam 9.30 pagi tadi, walaupun kebakaran sudah dikawal,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori