Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Trafik Perlahan Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan dilaporkan perlahan...

Lady Gaga Kini Rapat...

SELEPAS putus tunang dengan aktor dan model Taylor Kinney Jun lalu, penyanyi sensasi...

Imam Hawaii Cabar Larangan...

HONOLULU - Peguam Negara Hawaii, Doug Chin mengemukakan saman ke atas larangan perjalanan Presiden...

Amyra Rosli, Amar Baharin...

BARU sahaja menyambut cahaya mata sulung tahun lalu, Amyra Rosli dan suami khabarnya kini sedang...

Saiful Bukhari Bertanding Di Port Dickson

PORT DICKSON – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Okt ini.

Mohd Saiful Bukhari, 33, berkata beliau telah pun membeli borang pencalonan dan akan menghantarnya pada hari penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) esok.

“Setakat ini saya sahkan saya sudah bayar deposit untuk bertanding,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Dengan pengumuman itu, menjadikan Mohd Saiful Bukhari individu keenam menawarkan diri bertanding di kerusi itu selain Anwar.

Setakat ini, bakal calon yang mengesahkan bertanding ialah pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili PAS, Ahmad Kamarudin (Parti Rakyat Malaysia), bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong sebagai calon bebas.

Dalam pada itu, Mohd Saiful Bukhari menafikan menerima tajaan daripada mana-mana pihak untuk bertanding.


“Saya akan mengulas lanjut tentang keputusan bertanding dalam sidang media selepas proses penamaan calon,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17, 710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. – BERNAMA

Kategori