Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Isteri Harap Suami Hilang...

ALOR SETAR – Ruhaida Idrus, 33, berharap suaminya yang hilang di laut sejak...

Ejen Ali The Movie...

KUALA LUMPUR - Filem animasi ketiga Malaysia tahun ini, Ejen Ali The Movie...

Salleh Sokong Tindakan Disiplin...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

JPN Sabah Fokus Kepada...

KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah tahun ini akan memberi fokus...

Saleem Separuh Sedar Di ICU

KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda Saleem yang terlibat dalam kemalangan semalam kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kajang.

Isterinya, Julia Bachok berkata, suaminya itu kini berada dalam keadaan separuh sedar selepas dilanggar sebuah kereta ketika keluar membeli barang berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras di sini.

Kata isterinya lagi, Saleem atau nama sebenar A. M Salim Abdul Majeed dijadualkan bertemu peminat di Shah Alam pada sebelah malam hari kejadian.

“Dia ada beritahu hendak keluar sebentar beli barang dan tidak sangka pula terlibat dalam kemalangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Mengulas tentang gambar keadaan Saleem yang tersebar di laman Facebook, Julia memohon orang ramai tidak menularkannya dan mendoakan yang terbaik.


“Saya tiada niat untuk menyembunyikan cerita tapi tidak mahu orang ingat saya minta simpati,” katanya lagi.

Plantun lagu Suci Dalam Debu itu kini dalam proses untuk dipindah ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut. – K! ONLINE

Kategori