Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lengan Jadi Hodoh Ditipu...

SEORANG pemuda berang apabila menerima lukisan tatu yang terlalu 'hodoh' di bahagian lengannya. Christopher...

Akta Antiberita Tidak Benar...

KUANTAN - Penguatkuasaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya...

Debat Antara Universiti: Najib...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Polis Sarawak Lancar ‘Perang’...

MIRI - Polis Sarawak melancarkan fasa kedua ‘peperangan’ memerangi kegiatan judi haram dengan...

Sampai RM1,000 Upah Gadis Karaoke

RESTORAN yang menyediakan khidmat gadis karaoke dengan kadar upah antara RM50 hingga RM1,000 diserbu dalam Op Noda di Bukit Gelugor, Sungai Rengit, Kota Tinggi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, serbuan 11.20 malam itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama PBT Pengerang.

Katanya, operasi itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan penganjuran aktiviti pelacuran dan hiburan di restoran terbabit.

“Polis menerima maklumat berhubung kegiatan restoran di Bukit Gelugor Sungai Rengit menganjurkan hiburan karaoke.

“Modus operandi mereka ialah pelanggan membayar upah RM50 hingga RM1,000 sebelum dapat memilih penyanyi khas berdasarkan bayaran itu,” katanya.

Katanya, serbuan diketuai Inspektor P Devendran itu mendapati premis berkenaan tidak memiliki lesen hiburan.

“Pemilik premis juga didapati mengupah pekerja asing tanpa permit.


“Tiga individu ditahan termasuk penjaga premis berusia 52 tahun dan dua wanita warga asing berusia 24 dan 28 tahun,” katanya.

Turut dirampas dua pembesar suara, mikrofon, TV LCD, beg hitam mengandungi VCD, lapan kalung bunga dan 19 kain kalung tertera nilai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor, Seksyen 6(1) Akta Imigresen dan Seksyen Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – MyMetro.com

Kategori