SAYAP ayam goreng biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi pengusaha restoran di Amerika Syarikat (AS) ini, ia cuba menaikkan imej sajian segera ini kepada tahap status mewah.
Justeru ia perkenalkan sayap ayam bersadurkan emas yang pertama seumpamanya di dunia. Dicipta oleh restoran The Ainsworth di New York City, ia bahkan dapat kerjasama ahli sosialit dan bintang realiti TV, Jonathan Cheban.
Hidangan dikenali sebagai ‘FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings’ ini ternyata adalah definisi menu mewah. Sayap ayamnya malahan direndam setelah diadun dengan mentega kelapa, chipolata serta adunan madu selama 24 jam.
Ia kemudian digoreng dan disatukan dengan sos emas metalik yang memberinya kelihatan berkilat, bersalut emas. Akhirnya, sayap ayam ini ditaburi dengan serbuk emas yang boleh dimakan, untuk memberinya tampak menarik.
Menurut The Ainsworth, sayap ayam yang cukup memukau ramai pelanggan kaya ini boleh didapati dalam tiga harga berbeza: 10 ketul sayap berharga AS$30 (RM124) manakala 20 ketul sayap berharga AS$60 (RM248).
Jika anda rasa itu masih belum lagi cukup mewah, anda boleh memesan sehingga maksimum 50 ketul sayap beserta dengan hidangan minuman khusus yang ditawarkan pada harga istimewa iaitu ‘hanya’ AS$1,000 (RM4,147).
Sayap ayam bersalut emas ini telah mendapat banyak perhatian media tempatan baru-baru ini, selepas pencipta bersamanya, Jonathan Cheban, atau ‘Foodgod,’ menunjukkan hidangan itu menerusi laman sosial Instagramnya.
“Kamera saya juga bergegar, ia sungguh cantik dan menarik,” kata beliau lagi dalam satu klip pendeknya sambil menambah: “Ini sememangnya sungguh luar biasa. Itu sudah pasti. Mungkin ada tidak percaya ada sanggup beli.”
Apa yang pasti, ramai dikatakan teruja memakan sesuatu yang kelihatan seperti logam. ‘The FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings’ turut telah dilancarkan di cawangan Ainsworth di Chelsea dan East Village baru-baru ini.
Makanan nadir ini dijangka menjadi hidangan tetap di pelbagai lokasi lain dalam rantaian restoran popular tersebut pada masa akan datang secara berperingkat-peringkat. – Agensi/Mynewshub.TV