LONDON – Penolong pengurus Chelsea, Gianfranco Zola yakin Eden Hazard akan mencapai prestasi kemuncaknya dengan bimbingan Maurizio Sarri di Stamford Bridge.
Selepas enam musim di England, Hazard membantu Chelsea memenangi di gelaran Liga Perdana dan dipilih sebagai pemain kedua terbaik dunia selepas membawa Belgium ke separuh akhir pada Piala Dunia.
Setelah menjaringkan lima gol dalam enam penampilan, Sarri mencabar Hazard terus meningkat jaringan dengan bermain pada posisi lebih hampir dengan gol lawan.
“Saya yakin dia akan capai prestasi kemuncak,” kata Zola selepas Chelsea menumpaskan Liverpool di gelanggang lawan dengan jaringan 1-2.
“Saya percaya dia boleh menggunakan skill dengan cara yang betul. Saya benar-benar yakin dengan ini.
“Saya fikir tahun ini, pasukan ini, Maurizio khususnya akan bantu dia tingkatkan prestasi.”
Zola pemain legenda di Chelsea menjaringkan 80 gol dan tempoh lapan tahun menyarung jersi Blues di Bridge mengulas ketika ditanya peranannya dalam membantu Hazard.
“Lebih banyak dia berlegar di kawasan gol lawan, lebih banyak hantaran ke kawasan itu dapat dibuat dan dia lebih berkesan.
“Setakat ini kami menguasai permainan hingga ke kawasan lawan dalam semua pertembungan.
“Bola berlegar antara penyerang kami di kawasan 20 meter, dan ini menjadi kegemaran penyerang seperti saya,” kata Zola.
Berbeza dengan Zola, Sarri hanya pernah bermain bola sepak di peringkat amatur, tetapi menjadi jurulatih yang paling berjaya di Itali dan peringkat antarabangsa.
Mengulas peranan sebagai pembantu Zola berkata, Sarri membuka dimensi baharu bola sepak dan pengalaman yang sangat mengujakan. – AFP