Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRU15: Terjemah Kemarahan Terhadap...

TAIPING – Anggota tentera perlu menterjemahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung dakwaan...

Benarkah Rawatan Resdung Guna...

MUNGKIN pesakit resdung perlu mengkaji semula rawatan penyakit itu kerana pelbagai kaedah digunakan...

Peminat Anggap Alif Satar...

SELEPAS belasan tahun mengenal dunia seni, nama Alif Satar kini dilihat semakin kukuh...

Shafie Beri Wang Kepada...

KOTA KINABALU - Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berkata, penyebaran sekeping gambar beliau...

Sasar 5 Emas Di World Firefighters Games 2018

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan kutipan lima pingat emas dalam World Firefighters Games 2018 di Chungju, Korea Selatan yang bermula dari 10 hingga 17 September ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, sasaran itu disandarkan menerusi empat acara yang disertai kontinjen negara iaitu golf, boling, badminton dan bina badan.

“Sebanyak 31 pegawai JBPM akan mewakili Malaysia dalam kejohanan dwi tahunan itu yang menghimpunkan lebih 3,000 atlet daripada 40 negara.


“Kita berharap para pegawai terlibat dapat mengharumkan nama yang bukan sahaja JBPM tetapi juga Malaysia di persada dunia,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada Kontinjen JBPM ke World Firefighters World Games 2018 Chungju, Korea Selatan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah JBPM, Mohamad Hamdan Wahid. – UTUSAN ONLINE

Kategori