Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

PM Najib Lawat Projek...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan...

Festival Belia Putrajaya 2015...

PUTRAJAYA - Festival Belia Putrajaya 2015 menekankan kepentingan penyediaan aktiviti berkualiti dan bukan...

Kehadiran Mahathir Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kempen pilihan raya kecil...

Pandelela, Jun Hoong Dapat...

GANDINGAN penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000...

Satu Negeri Satu Insinerator Dalam Tempoh Dua Tahun

SHAH ALAM – Kerajaan menyasarkan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu insinerator atau loji ‘waste to energy’ (WTE) dalam tempoh dua tahun lagi bagi menghapuskan sepenuhnya tapak-tapak pelupusan sisa pepejal.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata usaha itu adalah bagi menjadikan proses pelupusan sisa pepejal lebih bersih selain menjimatkan penggunaan tanah daripada terus dibuka sebagai tapak pelupusan sampah baharu.

“Jumlah insinerator bergantung kepada penghasilan sampah di setiap negeri. Contohnya, jika Melaka menghasilkan 3,000 tan sampah sehari dan satu insinerator yang dibina boleh memproses jumlah sama, maka sudah memadai sebuah loji dibina di negeri itu.

“Tetapi jika ada negeri hasilkan sampah lebih banyak, mungkin mereka perlukan lebih insinerator,” katanya kepada pemberita selepas program anjuran Kumpulan Karangkraf di Dewan Karangkraf Seksyen 15, di sini hari ini.

Katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang peruntukan bagi usaha itu kerana kos pembinaan insinerator atau loji WTE akan ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor yang bakal dilantik oleh kementerian tersebut.

Jelas beliau, kerajaan hanya akan membayar ‘tipping fees’ atau bayaran untuk membuang sampah pada anggaran RM42 hingga RM200 per tan kepada kontraktor terlibat.


“Setakat ini, banyak kontraktor menawarkan diri untuk membangunkan insinerator ini. Pembinaannya mengambil masa setahun setengah ke dua tahun.

“Disebabkan pelupusan sampah menerusi insinerator akan menghasilkan tenaga elektrik dan gas, kontraktor akan meraih pendapatan melalui penjualan tenaga elektrik serta gas tersebut (kepada agensi terlibat) untuk menampung kos pembinaan loji WTE,” katanya.

Tambah Zuraida, setakat ini, hanya Negeri Sembilan sedang membina insineratornya dan ia dijangka menjadi negeri pertama yang memulakan sistem pelupusan sisa pepejal baharu dalam tempoh dua tahun lagi. – BERNAMA

Kategori