Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

1 Maut, 2 Cedera...

PASIR SALAK: Seorang lelaki warga tempatan maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan...

Ahmad Zahid Belanja Aiskrim,...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memang gemarkan aiskrim dan...

NRRET Tidak Siasat 1MDB!

KUALA LUMPUR - National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) bukan satu pasukan petugas...

Pancar Laser Pada Pesawat...

SYDNEY : Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, berkata kapal tentera laut China yang...

“Saya Berasa Bertuah Memiliki Awak Sebagai Isteri”

SEMPENA ulang tahun kelahiran pelakon Nur Fazura ke 35 tahun yang diraikan pada Khamis, suaminya Fattah Amin memberi ucapan istimewa buat isterinya tersayang.

Fattah, 28, berkata dia berasa bertuah kerana memiliki Fazura sebagai suri hidupnya dan menganggap wanita itu adalah anugerah terbaik daripada Allah.

Menurut Fattah, isterinya itu juga telah membawa kebahagian serta kegembiraan dalam hidup mereka.

“Selamat hari lahir kepada isteri @missfazura. Awak adalah anugerah terbaik dari Allah. Saya akan sentiasa berasa bertuah memiliki awak sebagai isteri.

Ucapan romantik dari Fattah untuk isterinya.

“Awak membawa kebahagian dan kegembiraan kepada saya. Tiada seorang lelaki pun boleh minta isteri yang lebih baik daripada awak. Ratu di hati saya.

“Awak sentiasa penuh dengan aura positif dan mempunyai hati yang baik juga selalu menyokong, baik hati bukan saja pada saya tapi semua orang,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terakhir ini mendoakan segala impian isterinya itu menjadi nyata.

“Awak sentiasa menghormati saya dan sentiasa melayan keluarga saya seperti keluarga awak. Insya-Allah saya akan sentiasa mendoakan kita setiap hari.


“Semoga Allah melindungi dan merahmati awak dengan kebaikan di dunia dan akhirat. Saya tahu awak akan menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak kita.

“Semoga segala impian awak menjadi nyata dan saya akan sentiasa berada di sisi awak sampai ke Jannah. Insya-Allah,” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 27 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Hotel Riz Carlton, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, peminat-peminat Fattah dan Fazura dikejutkan dengan berita pertunangan mereka yang diadakan pada 13 November tahun lalu secara rahsia.

Pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella dan bermula dari itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. – mStar Online

Kategori