Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bapa Potong Hidung, Telinga...

Islamabad - Seorang bapa memotong hidung dan kedua-dua telinga seorang lelaki yang didakwa...

Pasukan SWAT SFC Tumpaskan...

KUCHING - Seekor buaya dewasa berukuran 14 kaki panjang ditumpaskan di perairan Teluk...

PM Najib Runtuhkan ‘Halangan’...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil langkah...

Pandikar Amin Kesal Diheret...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini...

“Saya Rasa Lebih Sihat” – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau merasa lebih sihat meskipun masih perlu menjalani rawatan kimoterapi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau akan menjalani peringkat kedua kimoterapi pada 1 Oktober.

“Saya di sini hari ini untuk menunjukkan kepada anda semua bahawa saya masih bernyawa. Kimo memang meletihkan tetapi saya dapat lalui dengan baik, Saya rasa bertambah baik dari hari ke hari.

“Saya menghadiri mesyuarat Kabinet semalam dan tentunya saya tidak mahu duduk sahaja di rumah dan saya mahu buat sesuatu. Saya mengadakan mesyuarat dengan para pegawai kementerian saya di rumah saya.

“Kerja beres tetapi terhad,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.


Muhyiddin, yang juga presiden PPBM, bercuti sejak 12 Julai selepas menjalani pembedahan di Singapura untuk membuang ketumbuhan di pankreas, yang dikesan ianya berada pada tahap awal.

Beliau dibenar pulang pada 12 Ogos dan mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat dua hari kemudiannya. – BERNAMA

Kategori