Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Coklat Najib’ Popular Sold...

LARIS... Coklat mini bersaiz poket memaparkan imej bekas Presiden UMNO dan barisan perdana...

Amboi! Murid Ugut Tarik...

ALAHAI... Sepucuk surat yang dipercayai ditulis seorang murid sekolah rendah menjadi tular di...

Singapura Lapor Tiga Kes...

SINGAPURA - Singapura pada Isnin merekodkan kes Covid-19 jangkitan tempatan melibatkan dua kes...

Pengguna Pelekat ‘Zombi’ Diancam...

SHANGHAI - Pemandu yang menggunakan pelekat ‘zombi’ pada cermin belakang kenderaan untuk mengejutkan...

Sedia Laksana VEP Tahun Ini

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan permit masuk kenderaan (VEP) bagi semua kenderaan asing yang masuk ke negara ini pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, langkah itu selepas pihaknya sudah berada di peringkat akhir bagi menjalankan percubaan pelaksanaan sistem berkenaan.

“Kita sudah berada di peringkat akhir dan besar kemungkinan pada bulan depan kita akan mendapat laporan akhir sebelum memberi kata putus kepada pihak kementerian untuk dilaksanakan.

“Hal ini tidak membabitkan sebarang tekanan daripada Singapura memandangkan sistem itu dibuat di sempadan negara dan tidak ada kena mengena dengan negara republik itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas pegawai JPJ yang mengalami hilang upaya kekal di kediamannya di Pekan Nanas, Pontian sebentar tadi.

Shaharuddin berkata, beliau meminta warga kerja JPJ serta badan kebajikan yang lain turut membantu meringankan beban keluarga melalui sumbangan tunai dan lain-lain. – UTUSAN ONLINE

Kategori