Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kereta Terbabas Rempuh Kedai...

BUTTERWORTH: Gara-gara dipercayai tersilap menekan pedal minyak, seorang lelaki warga emas nyaris cedera...

1MDB: Program Penerangan Untuk...

KOTA BHARU - Program penerangan mengenai isu yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad...

Strategi Mahathir Dan ZMA...

STRATEGI Mahathir pada PRU 14 ini jelas kelam-kabut dan haru-biru. Selain gagal meraih simpati...

Saya Suka Apabila Bangsa...

KUALA LUMPUR - “Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mat Zain kerana mencadangkan...

Seleweng RM4 Juta: SPRM Serbu 12 Lokasi Termasuk Anak Syarikat Felcra

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu sebuah pejabat anak syarikat Felcra Berhad (Felcra) di Setapak di sini dengan merampas pelbagai dokumen berkaitan kewangan serta pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta kerana disyaki berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.

Menurut sumber, serbuan membabitkan 10 pegawai SPRM itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi turut dijalankan serentak ke sebuah pejabat anak syarikat terbabit di Kelantan serta 10 pejabat syarikat itu yang menerima lantikan kontrak latihan di sekitar Pantai Timur, Lembah Klang dan Perak.

“Serbuan dilakukan berhubung dakwaan berlaku salah guna kuasa seorang pengurus kanan di anak syarikat Felcra terbabit dengan melantik kira-kira 10 syarikat luar dipercayai mempunyai kepentingan kepada dirinya.

“Individu berusia 53 tahun itu didakwa melantik syarikat-syarikat luar yang dimiliki oleh anggota keluarga termasuk anak menantu dan kenalannya untuk membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus yang dikendalikan oleh anak syarikat FELCRA terbabit,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori