Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Terlajak Murah, Kek Dijual...

VIRAL menerusi laman Facebook memaparkan beberapa keping gambar deretan kek dipercayai dijual dengan...

Bekas Pegawai Khas Menteri...

PUTRAJAYA - Seorang bekas pegawai khas kepada bekas menteri yang disyaki menjadi dalang...

Lantikan Exco Daripada ADUN...

AYER KEROH : Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan Nasional...

Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan...

PETALING JAYA – Bekas pemain bola sepak negara ditahan reman semalam sebelum dibebaskan...

Selisih Faham Punca Pengawal Keselamatan Ditembak Mati

IPOH – Perselisihan faham dan tidak berpuas hati soal perbezaan gaji menjadi punca seorang pengawal keselamatan menembak mati rakan setugasnya dalam kejadian di pos pengawal keselamatan di sebuah kilang di Taman Farmaseutikal Seri Iskandar, Jumaat lalu.

Motif kejadian tersebut terbongkar setelah suspek berusia 52 tahun ditangkap di sebuah rumah di Kampung Paloh, Telok Bakong Lambor Kanan di Bota pada pukul 7.30 malam, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, pihaknya sebelum itu telah menyerbu rumah suspek namun lelaki itu tiada di rumah dan hanya menemukan sepucuk pistol tiruan besi bewarna kelabu jenama Pietro Beretta Gardone V. T buatan Itali.

Katanya, turut ditemukan di dalam kediaman berkenaan ialah kelopak peluru kosong beserta satu sarung pistol berwarna hitam dan dua kotak plastik lutsinar berisi 100 biji bebola besi yang dijumpai di atas katil.

“Hasil risikan dan pemantauan yang dilakukan, suspek akhirnya berjaya ditangkap di lokasi sama keesokkan harinya dan pihak polis merampas sepucuk pistol jenis Walther PPK, satu kelopak berisi 49 butir peluru dan satu balutan plastik mengandungi peluru.

“Siasatan lanjut yang dijalankan terhadap suspek yang tinggal seorang diri itu mengaku telah menembak rakan setugasnya yang sama-sama bertugas dari pukul 3 petang hingga 11 malam, 31 Ogos lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, seorang pengawal keselamatan Orang Asli daripada suku Semai, Masri Pandak, 37, berasal dari Tronoh maut ditembak rakan se­kerjanya di balai pengawal di sebuah kilang ubat di Taman Farmasi di Seri Iskandar.

Mangsa yang dijum­pai dalam kea­daan terbaring dengan kesan tembakan di dada kiri dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol dari jarak dekat berhampiran balai pengawal berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori