KUALA LUMPUR – “Bila orang Islam nak bersatu sesama Islam ada saja polemiknya,” kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Kata beliau, lebih menyedikan apabila orang Islam membicarakan hal agama mereka ada pihak yang menghina.
Paling malang, kata beliau, mereka yang menghina itu adalah juga orang beragama Islam di negara ini.
“Mereka mahu pisahkan politik daripada soal agama. Mereka lebih terpengaruh dengan pemikiran liberal dan sekular yang ditaja rakan mereka.
“Termasuk yang dibawah pengaruh ‘Yahuduwannasara’,” katanya dalam satu kenyataan d – i Facebook baru-baru ini.
Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) lantang mengkritik dan membantah usaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan UMNO.
Mereka melemparkan pelbagai propaganda di media sosial bagi menghasut penyokong PAS supaya menolak kerjasama dua parti terbesar kaum Melayu tersebut.
Malangnya, sebilangan penyokong PAS dan UMNO termakan dakyah pemimpin dan penyokong PH yang mahu memastikan kerjasama berkenaan tidak menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, Annuar berkata, beliau berharap mereka yang membantah tidak berasa terkejut kerana usaha untuk menyatupadukan umat Melayu Islam negara ini akan tetap diteruskan. – MYNEWSHUB.TV