Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Defisit Fiskal Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Defisit fiskal tidak lagi menjadi kayu ukur buat kerajaan persekutuan...

Siti Nurhaliza, Eizlan Yusof...

SELASA lalu, empat selebriti tanah air termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk...

Facebook Punya Pasal, Bapa...

GARA-gara kerap menghabiskan masa dengan melayari media sosial, seorang remaja perempuan cedera parah...

Tangguh Sidang Dewan Negara,...

KUALA LUMPUR - Seramai 16 Senator Pakatan Harapan (PH) menyerahkan memorandum kepada Yang...

Seorang Maut, 18 Cedera, Pesawat Terbakar Di Russia

MOSCOW – Seorang kakitangan lapangan terbang maut akibat diserang sakit jantung manakala 18 lain cedera apabila sebuah pesawat tergelincir sebelum meluncur ke dalam sungai dan terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Sochi, Russia, kata pihak berkuasa.

Pesawat Boeing 737 terbang dari bandar ini bersama 166 penumpang dan enam kru terbabas dari landasan ketika ia cuba mendarat di bandar peranginan Laut Hitam di Sochi, menyebabkan sayap rosak dan terbakar.

“Akibat kemalangan ketika pendaratan di bandar Olimpik Russia itu, 18 penumpang mendapatkan rawatan perubatan,” kata pihak berkuasa kesihatan serantau. Mangsa yang cedera termasuk tiga kanak-kanak, kata penyiasat yang membuka satu siasatan jenayah.

Ketika operasi menyelamat, seorang kakitangan lapangan terbang maut, kemungkinan akibat sakit jantung, kata jurucakap Lapangan Terbang Sochi kepada AFP dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa berkata, 16 kru ambulans berada di tempat kejadian, menambah kebakaran berjaya dipadam. Pesawat itu dikendalikan syarikat penerbangan Utair. Sochi menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2014. – AFP

Kategori