Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Potong Gaji Kakitangan Awam...

JAKARTA - Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama memberi amaran memotong gaji kakitangan awam yang...

MB Harap Ketua Pembangkang...

SHAH ALAM - Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berharap jawatan Ketua Pembangkang Dewan...

Dipenjara Kerana Conteng Tembok...

Bangkok - Seorang bekas pelajar universiti dihukum penjara satu tahun semalam kerana didapati...

Cerita Jahat Konon Proton...

ALKISAH baru-baru ini, seorang rakan sembang media sosial saya buat ulasan panjang mengenai...

Tiada Warga Malaysia Mangsa Gempa Sulawesi

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia dan 10 lagi cedera dalam gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia).

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam ini menyatakan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa ini.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besarnya di Jakarta dan Konsul Kehormat di Makassar telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Makassar bagi memastikan keselamatan mereka,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia diminta supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini berikutan masih terdapat beberapa gempa susulan.

Rakyat Malaysia yang berada di sekitar Sulawesi Tengah yang memerlukan bantuan konsular hendaklah menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel [email protected] atau talian +62 813 8081 3036. – BERNAMA

Kategori