Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Hubungan Sulit: TPM...

CANBERRA - Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce, telah meletak jawatan pada Jumaat...

Lelaki Ceraikan Isteri Gara-Gara...

Seorang suami mendakwa dia menceraikan isterinya yang baru dikahwini selama empat hari gara-gara...

Presiden Duterte Lakukan Lawatan...

PUTRAJAYA - Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte akan tiba di Malaysia hari ini...

Sudah 57 Tahun, Hari-Hari...

JAKARTA - Slamet Hari Natal, bukanlah sekadar ucapan bersempena sambutan Hari Krismas di...

Sepanyol Belasah Naib Juara Piala Dunia 6-0

ELCHE, Sepanyol – Krisis identiti Sepanyol kelihatan berakhir selepas Marco Asensio mencetus inspirasi untuk membelasah naib juara Piala Dunia, Croatia 6-0 pada aksi Liga Negara Eropah, awal pagi tadi.

Kekalahan kepada Russia, Julai lalu menyaksikan perubahan jurulatih dan keraguan mengenai gaya hantaran Sepanyol namun selepas kemenangan meyakinkan ke atas England di Wembley, Luis Enrique kini turut berjaya mengaibkan Croatia.

Dua gol jarak jauh Asensio, gol kedua bagaikan peluru melepasi penjaga gol Lovre Kalinic, membantu Sepanyol mendahului tiga gol sebelum rehat di Elche selepas Saul Niguez terdahulu menanduk masuk gol pembukaan.

Croatia yang lemah di benteng pertahanan, tidak mampu bangkit selepas rehat. Asensio menampan masuk lorongan cantik Rodrigo Moreno sebelum sepakan penjurunya membolehkan Sergio Ramos menanduk masuk gol kelima.

Isco kemudian merembat masuk gol keenam ke penjuru gol lawan, sekali lagi Asensio menjadi pengumpan.


Dua kemenangan dalam tempoh empat hari bermakna Sepanyol mengungguli Kumpulan 2 Liga A, dengan jurang enam mata di depan Croatia dan England, yang akan bertemu sesama sendiri di Rijeka bulan depan.

Menewaskan dua pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Dunia, satu daripadanya tanpa belas kasihan, memberikan satu mesej tersendiri namun jelas ia memuaskan ketika La Roja kembali menebus maruah tercalar. – AFP

Kategori