Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peguam Cabar Sekolah Vernakular...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam memfailkan semula permohonan untuk mencabar sistem sekolah vernakular...

Kilang Plastik Terbakar, Kerugian...

BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang memproses bahan plastik kerugian lebih RM15 juta selepas...

‘Perkampungan’ Haram Warga Asing...

CYBERJAYA - Seramai 156 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di 'perkampungan' rumah...

Penuntut Universiti Didenda RM4,000...

KUALA LUMPUR - Padah membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW...

Serbu Rumah Tun Rahah: Adakah Kerajaan PH Lebih Baik?

PEKAN  – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan alakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini kerajaan yang lebih baik apabila bertindak menyerbu rumah ibunya semalam.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, rumah itu didiami oleh Tun Rahah Mohamed Noah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat.

“Adakah kerajaan hari ini yang kata mereka sebagai kerajaan lebih baik tetapi bertindak menyerbu rumah isteri Tun Razak yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat.

“Akhirnya dalam sebuan yang dilakukan itu, mereka pulang dengan tangan kosong,” katanya ketika berucap pada Majlis Asyura Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Bersama Ahli Parlimen Pekan di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun dan Ketua Pemuda UMNO Pekan Datuk Mohd. Nizar yang juga merupakan anak beliau.

Semalam, polis menyerbu kediaman Tun Rahah di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Difahamkan, serbuan tersebut dilakukan berkaitan dengan siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut, Najib berkata, ketika ini jika pendakwaan dibuat terhadap pemimpin UMNO, mereka semua dianggap bersalah.

“Jika melihat pemimpin PH, ia (pendakwaan) boleh ditarik balik. Ini memperlihatkan seolah-olah pendakwaan itu dibuat berasaskan pertimbangan politik bukan melalui prinsip kedaulatan undang- undang atau rule of law,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori