SERBUAN ke atas kediaman ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka mencetuskan kemarahan bukan sahaja keluarga dan penyokong beliau, tetapi juga kemungkinan orang ramai.
Tengah hari tadi, kediaman ibu Najib, Tun Rahah Mohamed Noah di Jalan Eaton, Kuala Lumpur pada masa keluarga Najib sedang berada di mahkamah.
Selepas serbuan diketahui, anak kepada Norashman Najib menzahirkan rasa kesal melalui satu catatan di Instagram.
Seorang lagi anak beliau, Yana Najib turut menulis di Instagram melahirkan rasa kesal kerana ketenangan seorang wanita tua diganggu dan “terpaksa melalui pengalaman pahit seperti ini.”
“Saya faham polis menjalankan tugas mereka sebagaimana diarahkan kuasa yang ada, tetapi tidak adakah sekelumit rasa belas kasihan terhadap seorang wanita berusia begitu, isteri kepada bekas perdana menteri dan seorang wanita yang banyak berjasa kepada asas negara ini?” tulis Yana.
Kebimbangan kerajaan Pakatan Harapan terhadap kenyataan-kenyataan Najib di media sosial juga telah mengundang pandangan sinis terhadap kerajaan.
Kenyataan Najib yang mengkritik kerajaan PH dan menjawab fitnah yang pernah dilontar kepadanya semakin menjadi ikutan ramai pengguna media sosial kebelakangan ini.
Perkembangan melibatkan peningkatan pengikut Najib di media sosial ini berpotensi menarik lagi sokongan untuk beliau, yang dipercayai menjadi satu punca kebimbangan kerajaan PH terhadap aktiviti media sosial bekas perdana menteri itu. – Mynewshub.tv