Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Isu Kampung Baru Cina...

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia...

Stesen TV Tayang Aksi...

DUA stesen penyiaran di Sepanyol mengambil keputusan menyiarkan sebuah video memaparkan aksi senggama...

2 Remaja Geng Curi...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid...

Majikan Diingat Patuhi Peruntukan...

PUTRAJAYA - Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada...

Siasatan GST: PAC Panggil 5 Individu Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Tiga individu tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam tempoh dua hari prosiding siasatan membabitkan isu dana bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai kira-kira RM19.4 bilion.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata mereka yang terlibat memberi keterangan pada prosiding yang diadakan Rabu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy tampil memberi keterangan manakala pada Khamis, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Siti Zauyah Md Desa yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Sementara itu, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan tampil memberi keterangan pada 25 Sept ini bagi meneruskan prosiding siasatan terbabit.

“Beberapa saksi lain akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung isu ini dalam memastikan siasatan yang dijalankan benar-benar menyeluruh.

“PAC Parlimen tidak menetapkan sebarang garis masa bagi merumuskan siasatan ini sebelum membentangkan laporannya ke Dewan Rakyat,” kata Pengerusi PAC dalam satu kenyataan hari ini.

Ronald menegaskan 13 ahli PAC yang dilantik adalah Anggota Parlimen Kerajaan dan pembangkang serta dianggotai wakil-wakil tetap (ex-officio) kementerian dan jabatan seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara dan Unit Perancang Ekonomi.


“Rumusan dan cadangan Laporan PAC berhubung isu ini sudah pasti mendapat input serta pandangan daripada ex-officio PAC dalam memastikan laporan ini benar-benar komprehensif, telus serta menyeluruh sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat dan menjadi dokumen awam,” katanya.

Sebelum ini, PAC menetapkan 12, 13 dan 20 Sept untuk memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung isu kehilangan wang tuntutan bayaran balik GST yang didakwa ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-undang GST (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, pada 8 Ogos lepas, mendedahkan pembayaran tuntutan kredit cukai input berkenaan tertunggak, membabitkan nilai RM19.4 bilion sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lepas. – BERNAMA

Kategori