Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lawatan PM Ke Arab...

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) mempertahankan lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi...

Malaysia Layak Ke Suku...

KUALA LUMPUR - Biarpun skuad badminton negara telah mara ke suku akhir Kejohanan...

Daging Dari Brazil Bebas...

KUALA LUMPUR - Daging import dari Brazil yang berada di pasaran negara ini...

Malaysia Akan Terus Mohon...

YAN - Malaysia akan terus memohon kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota haji...

Simulasi Kemalangan Gemparkan Penduduk Bagan Serai

BAGAN SERAI – Pengguna jalan raya dan penduduk sekitar cemas apabila melihat kehadiran ramai anggota pasukan keselamatan yang bergegas ke Jalan Tali Air, Simpang Lima, di sini, hari ini.

Lebih menggemparkan, apabila kelihatan sebuah lori tangki dan sebuah bas pekerja terlibat dalam kemalangan dan kelihatan ramai mangsa terbaring di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah selain jeritan serta tangisan mangsa.

Namun kemalangan itu bukanlah situasi kejadian sebenar sebaliknya ia hanyalah latihan Simulasi Pengurusan Bencana 2018 anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian dengan kerjasama pelbagai agensi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata simulasi bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari itu melibatkan kemalangan di antara sebuah bas pekerja dengan sebuah lori tangki yang membawa muatan asid sulfurik.

“Simulasi adalah senario kemalangan di antara bas pekerja dan sebuah lori asid yang menyebabkan empat maut manakala 23 lagi cedera serta berlaku tumpahan asid dari lori tangki tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata simulasi bertujuan menambah baik kesiapsiagaan semua agensi berkaitan seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Kesihatan dalam menghadapi bencana sebenar.


Katanya seramai 150 anggota dari pelbagai agensi menyertai latihan simulasi itu.

Mohd Sabli berkata melalui latihan itu, setiap agensi berkaitan dapat menilai, menyemak semula dan meningkatkan tahap komunikasi antara agensi agar tindakan semasa bencana sebenar lebih berkesan seterusnya menyelamatkan nyawa. – BERNAMA

Kategori