Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kotak Hitam AirAsia QZ...

JAKARTA - Persoalan punca nahas pesawat AirAsia QZ8501 belum dapat terjawab sepenuhnya walaupun...

Kegelisahan Pasaran Lenyap Selepas...

KUALA LUMPUR – Sentimen kegelisahan dalam pasaran tempatan ekoran kejutan keputusan Pilihan Raya...

2 Suspek Warga Indonesia...

TAWAU - Polis menahan dua suspek lelaki warga Indonesia hari ini bagi membantu...

Fokus Sasaran Dan Tambat...

Zahid Minta Pemimpin UMNO Fokus Sasaran, Tambat Hati Pengundi KUALA TERENGGANU - Pemimpin-pemimpin UMNO...

Sistem E-Voting Tidak Mudah Dimanipulasi

KUALA LUMPUR – Sistem e-voting, yang pertama kali akan digunapakai dalam pemilihan PKR, dijamin tidak mudah dimanipulasi oleh mana-mana pihak kerana ia ditetapkan mengikut negeri dan tarikh yang berkenaan.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Ismail Yusop berkata data pengundi di setiap negeri akan dimasukkan ke dalam tablet yang digunakan mengikut kawasan pengundian dijalankan.

“Contohnya, proses pengundian pemilihan PKR yang akan bermula di Kelantan, ‘programmer’ yang dilantik akan memasukkan data pengundi di Kelantan sahaja. Apabila selesai, data itu akan dikeluarkan dan data pengundi dari negeri lain pula akan dimasukkan.

“Sistem e-voting ini bukan online voting dan tidak semudah itu untuk dimanipulasi. Sistem ini tidak boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Google Play Store dan Apple App Store,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Liputan Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Ismail berkata pihaknya sentiasa menjalankan ujian terhadap sistem e-voting itu bagi mengenal pasti sebarang masalah yang ada supaya dapat dikemas kini sebelum berlangsung pemilihan PKR pada 20 Sept ini.

“Kita sentiasa mempertingkatkan sistem ini. Kita dah lakukan dry-run pertama di Selayang sebelum ini dan yang terbaharu pada 14 Sept ini sebab data-data sudah dikemas kini,” katanya.

Sementara itu, Ismail menggesa orang ramai agar segera membuat semakan status keanggotaan menerusi laman web rasmi PKR selewat-lewatnya 12 Sept ini.


“Mengenai daftar keanggotaan ini saya yakin dalam masa sehari dua ini akan dapat diselesaikan kerana pihak kami telah menghebahkan kepada anggota parti dan kita dapat banyak maklum balas untuk pembetulan data.

“PKR menerima lebih 300,000 anggota baharu mendaftar menyertai parti itu sejak 9 Mei lepas dan sekarang ini kami mempunyai lebih 800,000 anggota parti, semua mereka akan mengundi pada pemilihan kali ini,” katanya.

Proses pemilihan PKR akan dijalankan menerusi sistem e-voting bermula 20 Sept hingga 13 Okt ini di seluruh negara yang akan bermula di Kelantan dan berakhir di Selangor serta Sabah. – BERNAMA

Kategori